Wednesday, 23 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Tahanan maut terjun bangunan, siasatan kes tumpu aspek kecuaian dan pelanggaran SOP

  • Published in Jenayah

SHAH ALAM, 5 Jun - Polis menumpukan aspek kecuaian anggota dan pelanggaran prosedur operasi standard, SOP ketika mengendalikan siasatan kes kematian seorang tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Klang Selatan khamis lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata kes itu diambil alih Jabatan Siasatan Jenayah JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen IPK Selangor.

Mengulas mengenai kejadian tersebut, ketika dalam perjalanan kembali ke lokap selepas keterangan direkodkan di pejabat pegawai penyiasat tahanan itu bertindak menolak pegawai penyiasat dan cuba terjun melarikan diri melalui tingkap terbuka di tingkat dua.

Pegawai penyiasat berpangkat sarjan telah ditukarkan serta-merta dan tindakan lanjut ke atasnya bergantung pada hasil siasatan yang diperoleh kelak.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di IPK Selangor.

Lelaki berusia 36 tahun itu direman kerana kes kecurian tong gas, maut selepas terjun tingkat dua bangunan pada 1.50 tengah hari.