Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Diserang lapan lelaki: Seorang maut, dua cedera parah

  • Published in Jenayah

LANGKAP, 15 Mei - Seorang lelaki maut dengan lengan tangan kanan hampir putus selepas diserang lapan lelaki dalam kejadian di sebuah tapak pembinaan Taman Desa Maju, Langkap petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian tersebut turut menyebabkan dua lagi rakan mangsa cedera parah.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 petang itu, mangsa berusia 29 tahun bersama rakan-rakannya dikatakan sedang minum sebelum diserang sekumpulan lelaki menggunakan parang.

Mangsa kemudian telah melarikan diri seorang diri dan ditetak di dalam kawasan belukar.

Kedua-dua rakan mangsa yang cedera parah di bahagian tangan dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut.

Siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti kesemua suspek yang terlibat dan kes disiasat mengikut seksyen 302 kerana membunuh.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes diminta tampil menghubungi pihak Polis.