Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Malaysia terima RM1.9 bilion dana untuk lunas hutang 1MDB dan SRC

  • Published in Jenayah

PUTRAJAYA, 12 Mei - Negara telah menerima RM1.9 bilion dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang disita Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ).

Ia telah didepositkan ke dalam "Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset" negara.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi kenyataan media menjelaskan Akaun Amanah di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara telah menerima RM16.05 bilion dana yang disita dan dipulangkan berkaitan 1MDB.

Jumlah tersebut akan digunakan untuk melunaskan baki hutang 1MDB dan SRC.

Setakat ini, kerajaan telah melunaskan hutang 1MDB berjumlah RM12.4 bilion dan RM3.1 bilion hutang SRC.

Baki hutang 1MDB berjumlah RM39.8 bilion manakala SRC RM2.57 bilion.

Kerajaan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Amerika Syarikat dan berharap kerjasama erat ini dapat diteruskan.