Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Bayi 9 bulan maut, diliwat suami pengasuh

  • Published in Jenayah

PETALING JAYA, 11 Mei - Kejam dan serakah.

Di Petaling Jaya, Selangor, Seorang bayi lelaki berusia 9 bulan maut selepas diliwat.

Pengasuh bayi tersebut bersama suaminya yang merupakan suspek utama kes, ditangkap dan akan dituduh esok.

Kejadian pada 27 April lalu itu disahkan oleh oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati pasangan suami isteri itu positif dadah jenis syabu.

Suami pengasuh disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala pengasuh akan dituduh di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.