Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Geng Datin dan Mat Yo tumpas

  • Published in Jenayah

KOTA BHARU, 9 Mei - Polis Kelantan berjaya menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah, Geng Datin dan Mat Yo susulan penahanan 13 individu dengan dadah bernilai hampir RM7 juta dirampas.

Ia hasil empat serbuan di Kota Bharu, Tanah Merah dan Pasir Mas pada Rabu hingga semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, dalam serbuan membabitkan Geng Mat Yo, pihaknya merampas 462 ribu biji pil kuda bernilai RM4.62 juta hasil serbuan di Kota Bharu dan Tanah Merah.

Hasil risikan sejak beberapa minggu lalu membawa kepada rampasan 180 ribu biji kuda dan 14.9 kilogram syabu menerusi serbuan melibatkan Geng Datin di lima lokasi di Kota Bharu, Tanah Merah dan Pasir Mas.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kelantan hari ini.

Kesemua suspek ditahan reman selama seminggu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.