Wednesday, 23 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Lelaki warga emas mengaku pegawai kanan polis, mohon rentas negeri

  • Published in Jenayah

PETALING JAYA, 9 Mei - Seorang lelaki warga emas ditangkap selepas disyaki menyamar polis untuk mendapatkan kebenaran rentas negeri.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Fakhruddin Abdul Hamid, suspek berusia 65 tahun itu datang ke balai polis Jumaat lalu.

Ketika membuat permohonan, suspek menunjukkan gambarnya lengkap beruniform dengan pangkat ACP pada telefon bimbit.

Suspek juga mengaku dirinya berpangkat Datuk.

Dia kemudiannya ditahan selepas gagal mengemukakan pengenalan diri seperti didakwa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar penjawat awam.