Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Ceroboh KEM, lelaki berparang ditembak mati

  • Published in Jenayah

GERIK, 9 Mei - Seorang lelaki maut ditembak anggota tentera selepas cubaan menceroboh kawasan Batalion ke 4 Rejimen Sempadan, Gerik, Perak, semalam. 

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid (SEBUTAN: Farid-al-athrash) berkata, mangsa, 35 tahun yang bersenjatakan parang, melakukan cubaan dengan memanjat pagar pintu hadapan kem.

Lelaki itu kemudian bertindak agresif dengan menyerang anggota yang bertugas selepas diberikan amaran sebelum anggota terbabit melepaskan
tembakan ke arah mangsa.

Datuk Mior dalam kenyataan berkata mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Daerah Gerik.

Pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat.

Hasil siasatan mendapati mangsa merupakan bekas anggota tentera yang pernah berkhidmat pada tahun 2003 dan ditamatkan perkhidmatan pada 2013 berikutan masalah mental.

Kes disiasat di bawah seksyen 9 Akta Kawasan Larangan dan Tempat larangan 1959 serta dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.