Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Cubaan seludup pil kuda dari negara jiran, APMM Kuala Perlis rampas pil kuda bernilai RM15,000

  • Published in Jenayah

KUALA PERLIS, 9 Mei - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM, Kuala Perlis merampas 592 biji pil kuda dianggarkan bernilai lebih RM15,000 yang cuba diseludup masuk dari negara jiran. 

Rampasan dibuat, kira-kira 0.1 batu nautika dari barat pantai Kuala Perlis, Perlis menerusi Op Khas agensi berkenaan.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie Paing memaklumkan, rampasan itu berikutan serbuan ke atas sebuah bot kayu tanpa nombor pendaftaran, dikemudi dua lelaki dipercayai tekong dan kru disyaki warga Thailand dalam keadaan mencurigakan memasuki perairan Kuala Perlis

Pemeriksaan menemukan tiga paket kecil plastik berwarna hitam, disyaki pil kuda.

Nilai keseluruhan rampasan termasuk pil kuda, bot kayu berserta enjin sangkut bergalah dianggarkan RM25,000.

Kes disiasat bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 Seksyen 39 (B) dengan kesalahan pengedaran dadah berbahaya.