Logo

390 botol ubat batuk dirampas, cubaan seludup masuk melalui pangkalan haram

KUALA PERLIS, 3 Mei - 390 botol ubat batuk bernilai hampir RM4,000 yang cuba diseludup masuk melalui pangkalan haram di Kuala Perlis berjaya dirampas, awal pagi semalam. 

Kejayaan berkenaan hasil Operasi Kontraban-Benteng COVID-19 sekitar perairan Kuala Perlis ke Langkawi.

Menurut Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Langkawi, DSP Rohizan Mohamad Saaid, hasil maklumat bersama, pada pukul 1230 tengah malam pasukan operasi menahan sebuah bot kayu semasa berada di hadapan Jeti Kastam Kuala Perlis.

Namun semasa ditahan, tekong bot tersebut bertindak memecut laju ke daratan dan melarikan diri.

Pemeriksaan lanjut menemukan empat bungkusan plastik hitam mengandungi 390 botol putih bertulis “Dynadril” berisi cecair hitam dipercayai ubat batuk.

Kesemua rampasan diserahkan ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kangar untuk tindakan lanjut.

Anggaran keseluruhan rampasan termasuk bot kayu bernilai RM10,000.

Kes disiasat di bawah Akta Racun 1952.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.