Logo

KPDNHEP rampas 140 tong LPG tanpa lesen

BALING, 28 April- Sebanyak 140 tong Gas Petroleum Cecair (LPG) bernilai lebih RM13,000 dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Serbuan dijalankan di premis yang disyaki menjadi stor simpanan tanpa lesen di Kuala Pegang, Baling, Kedah, semalam.

Ketua Cawangan Pejabat KPDNHEP Baling, Adzrin Radzi berkata semasa serbuan, seorang pekerja lelaki berusia 45 tahun berada di dalam premis.

Pemeriksaan mendapati stor tersebut tidak mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan gas LPG di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Stor dijadikan tempat transit bekalan LPG daripada pembekal untuk edaran sekitar Baling.

Kesemua tong gas serta dua lori disita dengan nilai keseluruhan lebih RM203,000.

Pembekal LPG sedang dikesan.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.