Logo

Seludup: Mercun, rokok dan minuman keras dirampas

KULIM, 28 April- Pelbagai jenis mercun, rokok dan minuman keras bernilai kira-kira RM10,000 dirampas dipercayai diseludup masuk ke negara ini secara haram.

Ia hasil serbuan ke atas sebuah van dipandu seorang lelaki di Taman Ria, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Azhar Hashim berkata, pemeriksaan menemui mercun pelbagai jenis, 14 jenis arak dan 11 karton rokok pelbagai jenama.

Suspek mempunyai satu rekod lampau.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.