Logo

MAQIS Johor rampas 70kg udang ketak

JOHOR BAHRU, 21 April - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor merampas 70 kilogram udang ketak sejuk beku bernilai RM8,400 di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor Bahru kerana tidak mempunyai permit import.

Penahanan tersebut susulan pemeriksaan rutin yang dijalankan pegawai penguasa MAQIS terhadap sebuah kontena yang membawa masuk pelbagai jenis ikan sejuk beku.

Pengarah MAQIS Johor, Hizzuan Hasim menerusi kenyataan memaklumkan kontena berkenaan mengandungi udang ketak yang dibawa masuk dari Indonesia.

Keterangan daripada seorang ejen penghantaran lelaki telah diambil sebelum dia dibebaskan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 ( Akta 728).

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.