Saturday, 15 May 2021

updated 2:37 PM UTC, May 15, 2021

2 lelaki didenda RM2,000 buat laporan palsu

  • Published in Jenayah

IPOH, 19 April - Mahkamah Majistret Sungai Siput menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau tiga bulan penjara ke atas dua lelaki selepas dituduh membuat laporan palsu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Siput (Utara) awal bulan ini.

Kedua-dua tertuduh, B. Prasad Kumar, 33 tahun dan R. Kumaran, 41 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret, Nurul Asyifa Redzuan.

Mengikut fakta kes, R. Kumaran membuat laporan dirinya diragut oleh dua lelaki tidak dikenali pada 8 April lalu pukul 12 tengah hari dengan tujuan untuk mengelak daripada membayar hutang Ah Long.

Manakala B. Prasad Kumar pula membuat laporan diragut oleh dua lelaki pada 10 April lalu pukul 2.40 pagi akibat takut dikenakan denda yang tinggi semasa mendapatkan gantian kad pengenalan dan lesen memandunya.

Kedua-dua tertuduh dikenakan tindakan dibawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya,Jean Siow Chung Hwei manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.