Logo

250 Karton rokok seludup dirampas, 2 lelaki ditahan

BATU PAHAT, 19 April - 250 karton rokok seludup, bernilai RM44,150 berjaya dirampas.

Rampasan dilakukan Batalion Lima Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam di Batu Pahat, pukul 4
petang semalam.

Pegawai Pemerintahnya, Supritendan Dimin Awang menerusi kenyataan memaklumkan, dua lelaki berumur 65 dan 66 tahun, turut ditahan ketika sedang memunggah kotak-kotak berkenaan ke dalam sebuah kereta.

Turut dirampas dua kenderaan yang digunakan oleh sindiket itu dengan anggaran jumlah keseluruhan bernilai RM94,000.

Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Batu Pahat untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.