Logo

16 ditahan rentas sempadan negara secara haram

PONTIAN, 18 April - Di Johor padah cuba keluar dari Malaysia secara haram enam lelaki warga Indonesia, berumur 24 hingga 65 tahun ditahan.

Tangkapan dibuat Batalion Lima Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam, di Jalan Laut Kampung Sungai Buntu, Pontian pada 2:05 pagi tadi.

Pegawai Pemerintahnya, Superintenden Dimin Awang dalam kenyataan memaklumkan, antara ditahan, seorang lelaki 32 tahun, dipercayai menjadi pengangkut kepada warga asing berkenaan, yang cuba pulang ke negara asal.

Sementara itu, pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar membawa kepada penangkapan empat lelaki dan lima wanita warga Indonesia, berumur 22 hingga 53 tahun, bersama seorang lagi pengangkut lelaki berumur 36 tahun.

Kesemua mereka dipercayai baru memasuki negara melalui laluan tidak diwartakan.

Turut dirampas, dua buah kereta, bernilai RM146,000.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.