Saturday, 15 May 2021

updated 1:44 PM UTC, May 15, 2021

Berdepan pertuduhan bakar isteri, lelaki mengaku tidak bersalah

  • Published in Jenayah

KOTA BHARU, 18 April - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Kota Bharu atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya, 7 tahun lalu. 

Bagaimanapun, Irwan Che Abdullah, 43 tahun mengaku tidak bersalah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membakar isterinya Rohfadla Daud, 37 tahun menggunakan cecair petrol yang boleh menyebabkan kematian.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Lundang, Kota Bharu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen sama dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.selain menetapkan 25 Mei sebagai tarikh serahan dokumen.