Logo

Sudahlah berpesta sambil mabuk, tiada penjarakan fizikal, malah mengganggu jiran tetangga

BUKIT MERTAJAM, 18 April- Padah berkumpul di perkarangan rumah dengan membuat bising, menari mengikut rentak muzik sambil bermain semburan air tanpa mengamalkan penjarakan fizikal serta mengganggu penduduk setempat.

21 warga Myanmar termasuk seorang wanita berusia antara 20 hingga 30 tahun, ditahan.

Mengesahkan penahanan itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Shafee Abd Samad, dengan memaklumkan kesemua mereka diberkas di sebuah rumah teres dekat Taman Bidara, Bukit Mertajam petang semalam.

Sebaik menyedari kehadiran polis, ada antara mereka cuba melarikan diri, namun gagal.

Siasatan mendapati kesemua warga asing itu sedang berhibur dan berpesta Songkran di rumah berkenaan.

Kesemua mereka juga didapati berada dibawah pengaruh alkohol.

Serbuan dibuat hasil laporan penduduk.

Kes disiasat mengikut Seksyan 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

 

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.