Saturday, 15 May 2021

updated 2:37 PM UTC, May 15, 2021

Pertaruhan loteri haram: 7 lekaki diberkas

  • Published in Jenayah

BUKIT MERTAJAM, 18 April- Berselindung disebalik stor dekat kedai yang sudah lama tidak beroperasi. 

Tujuh lelaki tempatan yang terlibat dengan kegiatan loteri haram berjaya diberkas dalam serbuan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Taman Limau Manis, Bukit Mertajam.

Ketua Polis Daerah SPT, ACP Shafee Abd Samad berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada tiga penjual nombor ekor dan empat pelanggan.

Hasil serbuan, pihaknya merampas pelbagai barangan yang dipercayai digunakan aktiviti terbabit antaranya adalah tiga telefon bimbit, wang tunai lebih RM1,600 dan beberapa tiket pertaruhan loteri haram.

Siasatan mendapati, kegiatan itu dipercayai baru beroperasi sejak seminggu lalu dan meraih pendapatan harian sebanyak RM200 hingga RM500 setiap hari cabutan.

Kesemua direman bagi membantu siasatan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 4 A (a) Akta Rumah Judi Terbuka dan Seksyen 9 (1) Akta Sama.