Wednesday, 21 April 2021

updated 7:07 AM UTC, Apr 21, 2021

Rasuah: Lans Koperal berdepan dua tuduhan

  • Published in Jenayah

SHAH ALAM, 8 April- Seorang Lans Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua pertuduhan menerima suapan RM4,000 tahun lalu.

Tertuduh, Chin Wei Siang, 28 tahun, membuat pengakuan selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut pertuduhan, Wei Siang yang bertugas di Pondok Polis Taman Berjaya, Shah Alam telah menerima wang tunai berjumlah RM4,000 daripada seorang individu.

Ia sebagai dorongan untuk tertuduh sebagai anggota polis menyelesaikan kes terhadap seorang individu lain.

Dia melakukan kesalahan itu pada 3 Disember tahun lalu di Shah Alam.

Bagi pertuduhan pilihan, Wei Siang didakwa melakukan kesalahan serta menerima jumlah suapan sama tanpa sebarang balasan daripada individu yang sama.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Mei pengurusan kes.