Wednesday, 21 April 2021

updated 7:33 AM UTC, Apr 21, 2021

SJR: Lelaki bawa 1,600kg daun ketum ditahan

  • Published in Jenayah

GUA MUSANG, 8 April- Tidak hanya disyaki membawa 1,600 kilogram daun ketum dari Kedah ke Kelantan, malah menyalahgunakan surat kebenaran merentas negeri.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo memaklumkan penahanan seorang lelaki tersebut dibuat ketika Sekatan Jalan Raya (SJR).

Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan lelaki berusia 38 tahun itu, sejumlah 16 bungkusan plastik hitam yang berisi daun ketum telah ditemukan. 

Suspek telah memohon permit dengan alasan palsu iaitu menziarahi ibunya yang sakit di Kedah.