Wednesday, 21 April 2021

updated 8:34 AM UTC, Apr 21, 2021

SJR: 15 PATI warga Myanmar ditahan

  • Published in Jenayah

GUA MUSANG, 8 April- Seramai 15 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan selepas cuba merentas negeri menggunakan surat kebenaran palsu.

Mereka menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur menuju Rantau Panjang ditahan pada Isnin lalu, ketika Sekatan Jalan Raya (SJR) di Kampung Tanah Putih, Kelantan. 

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo mengesahkan, warga Myanmar yang ditahan terdiri daripada 13 lelaki dan dua wanita berusia 20 hingga 50 tahun.

Mereka direman bermula Isnin hingga 19 April.