Wednesday, 21 April 2021

updated 7:07 AM UTC, Apr 21, 2021

Cubaan seludup dadah bernilai lebih RM221.86 juta tumpas

  • Published in Jenayah

KUALA LUMPUR, 8 April- 650 kilogram dadah jenis pil Captagon atau dikenali ‘dadah jihad’ bernilai lebih RM221.86 juta dirampas di Pelabuhan Klang, Isnin lepas.

Ini rampasan kedua dadah jenis tersebut di negara ini hasil perkongsian maklumat risikan Direktorat Jeneral Pengawalan Narkotik Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Razarudin Husain berkata dadah terbabit dipercayai dibawa dari Lubnan dan tiba di Malaysia, Ahad lalu, sebelum ke negara lain melalui Singapura.

Kontena berisi dadah ini dikesan pihak berkuasa melalui hasil imbasan yang menimbulkan imej mencurigakan.

Tiada tangkapan dibuat bagaimanapun, JSJN dan pihak berkuasa Arab Saudi akan terus bekerjasama untuk menangkap pihak terlibat.

Pil Captagon pada mulanya digunakan Jerman untuk membesarkan otot seawal 1960-an namun telah diharamkan penggunaannya di Amerika Syarikat dan Eropah kerana dikategorikan sebagai dadah.

Dadah ini biasanya digunakan oleh militan Daesh untuk menimbulkan rasa berani dan kini mula digunakan di pusat-pusat hiburan.

Namun, dadah tersebut masih belum memasuki pasaran Malaysia.