Friday, 14 May 2021

updated 2:56 PM UTC, May 14, 2021

Sindiket pemalsuan PLKS, 5 direman 6 hari

  • Published in Jenayah

KUALA LUMPUR, 7 April - Bekas kakitangan Jabatan Imigresen antara individu disyaki menjadi dalang kepada sindiket pemalsuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan menggodam sistem pangkalan data imigresen.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki berkata sindiket tersebut juga mampu mencetak PLKS di luar pejabat imigresen.

Beliau bercakap dalam sidang media Op Hack di ibu negara yang turut dihadiri Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.

Setakat semalam, 147 akaun telah dibekukan melibatkan 30 individu dan 11 syarikat bernilai RM9.9 juta.

Jumlah berkenaan dijangka bertambah sejurus selesai urusan kemas kini baki oleh pihak bank ke atas akaun yang dibekukan.