Monday, 8 March 2021

updated 5:21 AM UTC, Mar 8, 2021

107kg syabu bernilai hampir RM4.3 juta dirampas

  • Published in Jenayah

PASIR MAS, 23 Februari - 107 kilogram syabu bernilai hampir RM4.3 juta dirampas di kampung Lubuk Gong, Rantau Panjang, Kelantan semalam.

Hasil risikan pasukan daripada Pasukan Gerakan Am, PGA Batalion 8 di kawasan tapak rumah lama itu menemukan enam bungkusan plastik hitam yang diletak di bawah tangga bersimen tapak kediaman berkenaan.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Hasan Basri Ahmad Safar berkata, ia merupakan rampasan syabu terbesar direkodkan tahun ini di negeri itu.

Menurut beliau, 107 kilogram syabu yang dirampas berkenaan dianggarkan boleh menampung seramai 107,000 orang penagih.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah Pasir Mas hari ini.