Monday, 8 March 2021

updated 5:21 AM UTC, Mar 8, 2021

PDRM tubuh pasukan khas pantau aktiviti tukar barang guna botol

  • Published in Jenayah

KOTA BHARU, 22 Februari - Pasukan khas ditubuhkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kelantan bagi memantau dan menangani aktiviti tukar barang menggunakan botol di Sungai Golok oleh penduduk setempat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata pasukan khas tersebut akan diketuai setiap ketua polis daerah di sempadan negeri itu.

Walaupun berdasarkan pemantauan aktiviti terbabit dilihat kurang aktif kebelakangan ini, namun pemantauan 24 jam sentiasa dilakukan pihak berkuasa.

Beliau menyatakannya selepas Majlis Penyerahan Pelindung Muka dan vitamin kepada Petugas Barisan hadapan.

Sebelum ini, media melaporkan polis memberi amaran agar penduduk di sempadan Kelantan-Thailand menghentikan kegiatan bertukar barangan seperti wang dan ubat-ubatan.