Sunday, 17 January 2021

updated 1:07 PM UTC, Jan 17, 2021

Sindiket didalangi warga tempatan tumpas

  • Published in Jenayah

KUALA LUMPUR, 13 Januari- Sindiket pengedaran dadah didalangi warga tempatan tumpas. 

Tiga lelaki berusia 20 hingga 24 tahun ditahan dalam serbuan di sekitar Kepong dan Seri Kembangan pada 8 dan 9 Januari lalu.

Turut dirampas, pelbagai jenis dadah bernilai RM4.3 juta.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, menyatakan, polis turut merampas dua kenderaan dengan nilai keseluruhan RM93,000 selain wang tunai RM160,366 bagi membantu siasatan.

Kesemua suspek diuji negatif dadah dan tiada rekod jenayah lampau.

Siasatan lanjut mendapati, semua suspek aktif dalam aktiviti pengedaran dadah di Lembah Klang, sejak dua bulan lalu.

Jumlah keseluruhan dadah boleh dibekalkan kepada 195,480 orang.

Semua suspek direman selama tujuh hari hingga Jumaat ini, mengikut Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952.