Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

Cuba rogol, lemaskan anak, campak cucu hingga maut

  • Published in Jenayah


KUALA LUMPUR, 29 November- 
Cuba rogol anak tiri, kemudian bergaduh dengan isteri. Seterusnya, campak cucu tiri pula, yang hanya berusia empat tahun dari tingkat tiga sebuah pangsapuri.

Tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan seorang lelaki warga Nigeria setelah kehendaknya cuba dihalang isteri warga tempatan, menyebabkan kanak-kanak dicampak itu maut.

Kejadian berlaku di Pangsapuri Danau Kota, Setapak, kira-kira 7.30 pagi tadi.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, suspek cuba merogol salah seorang anak tirinya yang sedang tidur di ruang tamu.

"Suspek, warganegara Nigera, telah bertengkar dengan isteri."

"Beliau cuba merogol salah satu anak tirinya, kemudian telah cuba melemaskan seorang anaknya yang berusia lapan tahun."

"Seorang kanak-kanak yang berusia empat tahun dipercayai telah dibunuh dengan cara dicampak dari tingkat tiga."

Suspek kemudian cuba melarikan diri daripada tingkap atas dan cuba terjun sebelum mengalami kecederaan."

Pengawal keselamatan dan orang awam bagaimanapun berjaya menangkap suspek, sebelum diserahkan kepada polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.