Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

18 suspek tembak mati anggota PGA direman

  • Published in Jenayah

KUALA LUMPUR, 25 November - Seramai 18 suspek insiden tembak membabitkan anggota Pasukan Gerakan AM (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand direman bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman antara empat dan tujuh hari itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kangar.

Dalam kejadian itu, Koperal Baharuddin Ramli, 54, maut selepas terkena dua das tembakan pada dada dan perut manakala seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan Tari, 39 tahun parah terkena tembakan pada kanan perut.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, dalam sidang medianya berkata, pihaknya mengenal pasti tujuh sindiket yang mendalangi kegiatan penyeludupan berkenaan.

Ketua dan anggota sindiket terbabit sudah dikenal pasti dan usaha memburu mereka sedang dilakukan.

Sindiket tersebut yang dipercayai terbabit menyediakan daun ketum dan sejumlah ubat batuk untuk diseludup menggunakan lorong tikus di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis sebagai lokasi transaksi.