Sunday, 17 January 2021

updated 1:18 PM UTC, Jan 17, 2021

Cubaan seludup 230 karton arak berjaya ditumpaskan

  • Published in Jenayah


JOHOR BAHRU, 24 November- 
Batalion Lima Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam berjaya merampas 230 karton arak seludup, bernilai lebih 327,000 di Pasir Gudang, Johor Bahru, Johor, tengah hari semalam.

Turut ditahan, dua lelaki berumur 44 dan 50 tahun, dipercayai terlibat dengan penyeludupan tersebut.

Pegawai Pemerintah Batalion Lima PGA, Superintenden Dimin Awang dalam kenyataan memaklumkan, siasatan lanjut mendapati suspek telah menggunakan pelbagai jenis kenderaan sebagai tempat penyimpanan arak tanpa cukai kastam sebelum dipasarkan sekitar Johor Bahru.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

Beliau turut menyeru orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat bagi membendung lambakan barangan kontraban dalam negeri.