Sunday, 17 January 2021

updated 1:18 PM UTC, Jan 17, 2021

Empat warganegara Indonesia didakwa sebabkan pencemaran air Sungai Muda

  • Published in Jenayah

SUNGAI PETANI, 23 November - Empat pekerja kontrak warga Indonesia dihadapkan di Mahkamah Sesyen Sungai Petani atas pertuduhan menyebabkan pencemaran air Sungai Muda pada 12 November lepas.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana mereka tidak memahami pertuduhan itu.

Tertuduh, Dedi Hardianto, 32 tahun, Bestian, 38 tahun, Andika Safutra, 32 tahun, dan AdePitria, 33 tahun dituduh dengan sengaja menyebabkan pencemaran air Sungai Muda akibat minyak diesel sekali gus mencemarkan muka sauk di tiga loji rawatan air iaitu Jeniang Baru, Jeniang Lama dan Sungai Pau, Gurun.

Sabit kesalahan boleh dipenjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun atau didenda atau kedua-duanya.

Mahkamah menetapkan 22 Disember ini untuk sebutan semula kes bagi memanggil jurubahasa.

Keempat-empat tertuduh yang tidak diwakili peguam itu dibenar diikat RM50,000.