Sunday, 17 January 2021

updated 12:18 PM UTC, Jan 17, 2021

Tabur fitnah tidak berasas terhadap Ketua Polis, tindakan akan diambil

  • Published in Jenayah

JOHOR BAHRU, 23 November - "Jangan menabur fitnah tidak berasas", tegas Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika mengulas dakwaan seorang lelaki, K. Harindas yang memfitnah dirinya tidak mempunyai integriti ketika menjalankan tugas.

Fitnah itu dilemparkan menerusi video berdurasi 17 minit 40 saat yang tular di Facebook sejak tiga hari lalu.

Menerusi video itu, lelaki berkenaan turut mempertikai kepimpinan Ketua Polis negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Lelaki itu mendakwa, dia membuat aduan berhubung salah laku polis namun tiada tindakan diambil.

Hasil siasatan, lelaki itu juga mempunyai satu pertubuhan namun tidak didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, ROS.

Kertas siasatan juga sudah dibuka mengikut Seksyen 504 kanun keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kepada lelaki berusia 39 tahun itu.