Sunday, 17 January 2021

updated 1:18 PM UTC, Jan 17, 2021

Pensyarah Kanan IPTA ditahan, tiada permit miliki senapang

  • Published in Jenayah

PASIR MAS, 23 Nov - Seorang pensyarah kanan sebuah institusi pengajian tinggi awam ditahan kerana memiliki selaras senapang patah di Pasir Mas, Kelantan.

Suspek berusia 40-an ditahan ketika pasukan rondaan bermotosikal menjalankan penugasan di Kampung Tasek Berangan Repek, pada petang Sabtu.

Senapang dipercayai diseludup melalui pengkalan haram serta suspek tidak memiliki lesen dan permit.

Menurut Pegawai Pemerintah Batalion 8 Pasukan Gerakan Am Pengkalan Chepa Supritendan Muhammad Shamsuddin berkata, anggotanya ternampak sebuah kenderaan pacuan empat roda berada dalam keadaan mencurigakan.

Suspek ketika itu dilihat melepaskan tembakan ke arah sawah padi.

Senapang terbabit kemudiannya dirampas dan hasil pemeriksaan menemukan dua
butir peluru hidup.

Anggaran keseluruhan nilai rampasan hampir RM24,000.