Saturday, 28 November 2020

updated 8:37 AM UTC, Nov 28, 2020

Tauke pakaian jenama tiruan dicekup

  • Published in Jenayah


BALAKONG, 20 November-
Sejumlah RM67,750 nilai barangan pakaian berjenama tiruan dalam talian dirampas menerusi serbuan di Taman Cheras Jaya, Balakong, Selangor.

Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Iskandar Halim Sulaiman memaklumkan operasi dilakukan selepas menerima aduan wakil pemilik Cap Dagang.

Modus operandi digunakan dengan mengiklankan pakaian berjenama tiruan dengan harga lebih murah dari pasaran bagi menarik perhatian pembeli selain alamat premis berjaya dikesan melalui bungkusan diterima pembeli.

Kesemua barang terbabit dirampas dan seorang warga tempatan berusia 45 tahun yang mengaku pemilik premis telah diambil keterangan.

Kes di siasat dibawah Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019.