Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

Penipuan SMS: Bekas ketua pegawai pemasaran syarikat telco direman

  • Published in Jenayah


PUTRAJAYA, 17 November- 
Seramai 16 individu termasuk dua yang bergelar 'Datuk' sudah direman berhubung kes rasuah melibatkan sindiket penipuan Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Terbaharu, seorang bekas ketua pegawai pemasaran syarikat telekomunikasi dan seorang pengarah syarikat swasta direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Siti Roslizawati Mohd. Zanin di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Mereka dipercayai memberi dan menerima wang rasuah untuk tujuan mendapatkan maklumat data peribadi pelanggan yang menggunakan pelan prabayar.

Kedua-dua lelaki berusia 49 dan 42 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya kira-kira 9.00 malam semalam selepas hadir memberi keterangan.