Saturday, 28 November 2020

updated 8:37 AM UTC, Nov 28, 2020

Mayat lelaki terjatuh dalam sungai ditemui terapung

  • Published in Jenayah

JITRA, 25 Oktober - Mayat seorang lelaki dipercayai jatuh sungai di Jalan Sungai Korok, Jitra, Kedah semalam ditemui terapung pada 7.59 pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dalam kenyataannya memaklumkan, mangsa berumur 40 tahun dijumpai pada jarak 5 kilometer daripada lokasi dia terjatuh.

Operasi mencari dan menyelamat digerakkan sebaik panggilan diterima.

Ia melibatkan seramai sembilan anggota dan pegawai dari Balai Bomba Jitra termasuk unit PPDA.

Ketua Operasi mengarahkan anggota membawa naik mangsa untuk diserahkah kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

Operasi tamat pada pukul 9 pagi.