Saturday, 28 November 2020

updated 8:37 AM UTC, Nov 28, 2020

Gangguan bekalan air berjaya dielak

  • Published in Jenayah


RAWANG, 23 Oktober- 
Tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) terhadap dua aduan pencemaran sumber air di Lembangan Sungai Selangor dan Sungai Langat, berjaya mengelak pemberhentian tugas Loji Pembersihan Air (LPA) di negeri itu, sekali gus mengelak gangguan bekalan air.

Menurut Exco Negeri, Hee Loy Sian, pencemaran bau dikesan di Sungai Kundang pada 10.45 pagi semalam, hasil pemantauan Ops Statik Sungai Gong, Rawang.

Susulan aduan itu, LUAS bersama Air Selangor ke sebuah premis di kawasan Industri Kundang Jaya.

Siasatan mendapati pencemaran bau sehingga sepuluh ton dikesan di pelepasan akhir premis berkenaan.

Surat Arahan bawah Seksyen 121(1), Enakmen LUAS 1999 dikeluarkan kepada pemilik premis dan mengarahkan pemberhentian serta-merta pengeluaran sisa buangan dan tindakan pembersihan.

Proses nyah bau turut dilakukan LUAS bagi mengawal pencemaran di lokasi pertemuan Sungai Kundang.

Aduan kedua pula membabitkan insiden tumpahan minyak diesel ke dalam Tasik Putrajaya kira-kira 9.35 pagi disebabkan kebocoran paip saluran bawah tanah Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya.

Tindakan pantas Perbadanan Putrajaya mengarahkan IKN melaksana kerja-kerja pembersihan berjaya mengelak pencemaran lebih serius.