Saturday, 28 November 2020

updated 7:58 AM UTC, Nov 28, 2020

Pusat panggilan palsu sekitar Lembah Klang diserbu

  • Published in Jenayah


KUALA LUMPUR, 21 Oktober- 
Polis mengesahkan dua individu iaitu Addy Kanna dan Goh Leong Yeong@Alvin berhubung kes pengubahan wang haram baru-baru ini, berperanan sebagai koordinator atau ejen menyediakan kemudahan kepada sindiket penipuan dalam talian yang menyasarkan rakyat China.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, hasil siasatan mendapati, mereka diupah untuk menyediakan kemudahan kediaman, pusat panggilan yang dilengkapi peralatan komputer dan telekomunikasi serta kemudahan internet di negara ini.

Jelas beliau, dakwaan mengatakan Addy Kanna akan dibebaskan juga tidak tepat kerana individu itu kini ditahan bersama dua lagi individu.

Addy Kanna terlibat dalam penipuan secara dalam talian, judi dalam talian dan penipuan pelaburan pertukaran mata wang asing Forex.

Ketiga-tiga mereka kini ditahan reman 21 hari di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 dan akan dipohon lanjutan reman selama 38 hari lagi.

Dalam pada itu, mengulas mengenai Alvin Goh yang melarikan diri selepas dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada 11 Oktober lalu, Datuk Huzir Mohamed berkata pihaknya masih mengesan lokasi suspek.

Semalam, polis menahan seorang lagi individu di Lembah Klang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek yang melarikan diri.