Logo

Lebih 2,000 tin arak bernilai RM86,000 tanpa cukai dirampas

JOHOR BAHRU, 17 Oktober - Batalion Lima Pasukan Gerakan Am, PGA Simpang Renggam merampas 2,400 tin arak tanpa cukai kastam bernilai RM86,000 di Taman Dato Chellam, Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor, kira-kira 5.15 petang semalam.

Turut ditahan, seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun, yang membawa kereta berisi arak berkenaan.

Pegawai Pemerintahnya, Superitendan Dimin Awang dalam satu kenyataan memaklumkan suspek menjalankan aktiviti penjualan arak tanpa cukai kastam di sekitar Johor Bahru.

Nilai keseluruhan rampasan termasuk kereta ialah RM105,000.

Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Johor Bahru Selatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.