Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

Buruh binaan cedera terkena peluru sesat

  • Published in Jenayah

DUNGUN, 27 September - Seorang buruh binaan di Dungun cedera selepas terkena peluru sesat ketika memasang perangkap ayam hutan.

Kejadian berlaku di Kampung Besul Lama, Bukit Besi, ketika mangsa Mohd Suhaimi Damuri masuk ke kawasan hutan berhampiran rumahnya untuk menangkap ayam hutan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Bukit Besi sebelum dikejarkan ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.

Hasil ujian X-ray mendapati terdapat dua butir peluru masing-masing satu dalam perut dan pinggul mangsa serta serpihan peluru di bahagian tulang belakang.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk pembedahan mengeluarkan peluru berkenaan.

Polis sedang menjalankan siasatan rapi berhubung insiden berkenaan.