Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

APMM rampas bot tanpa pendaftaran

  • Published in Jenayah

 

KUALA PERLIS, 26 September- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kuala Perlis menahan sebuah bot tanpa nombor pendaftaran kerana melakukan aktiviti penangkapan ikan menggunakan kaedah yang dilarang.

Bot berkenaan ditahan di kedudukan sekitar 0.2 batu nautika daripada barat pantai Sungai Baru, Perlis pada pukul 1.00 pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie Paing, berkata, bot peronda Maritim Malaysia mengesan sebuah bot yang sedang melakukan aktiviti penangkapan ikan dengan menggunakan kaedah rawa sorong.

Bot peronda Maritim Malaysia seterusnya bertindak mengejar bot terbabit dan mendapati seorang tekong bertindak terjun ke laut meninggalkan bot dan berenang melarikan diri ke daratan.

Anggaran nilai rampasan bot terbabit berserta enjin sangkut bergalah adalah sekitar RM6,000.

Bot tersebut dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis untuk siasatan lanjut. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Perikanan 1985.