Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

AKSEM rampas lebih 2 tan daun ketum

  • Published in Jenayah

SUNGAI PETANI, 25 September - Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Zon Utara yang diketuai Markas Briged Keenam Infantri Malaysia berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan daun ketum yang didalangi tekong, hasil kerjasama erat semua agensi dan dari maklumat orang awam.

Dalam satu kenyataan media AKSEM memaklumkan, tujuh siri tangkapan telah berjaya dilakukan pada 22 dan 23 September.

Jumlah rampasan daun ketum seberat 2,079 kilogram dengan nilai anggaran sebanyak RM85,890.

Agensi-agensi gabungan dibawah Op BENTENG Zon Utara mengambil serius segala aktiviti yang berlaku di perbatasan dan tidak akan berkompromi dengan segala penyeludupan dan jenayah rentas sempadan sesuai cogan kata ‘Setia Bakti, Ungguli Sebarang Misi’.