Friday, 25 September 2020

updated 2:03 PM UTC, Sep 25, 2020

Judi Haram: Tiada kompromi terhadap pegawai polis bersekongkol

  • Published in Jenayah


KUALA LUMPUR, 10 Ogos- 
Orang ramai dialu-alukan agar tampil membuat pendedahan tentang apa jua isu berhubung dengan keselamatan dan keharmonian masyarakat.

Ia berikutan isu berleluasanya aktiviti judi di Sungai Buloh yang tular baru-baru ini menarik perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau dalam satu pesanan ringkas di aplikasi Whatsapp menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai polis yang bersekongkol dengan sindiket perjudian.

Tegasnya, tindakan siasatan dan serbuan telah dijalankan oleh polis daerah Sungai Buloh serta Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah pun diarahkan untuk menyiasat segala aduan berhubung dengan aktiviti judi haram ini.

Nasihat dan peringatan telah diberikan kepada anggota yang terlibat dan tindakan akan diambil secepat mungkin ke atas mereka yang cuai semasa menjalankan tugas.

Beberapa hari lalu, video yang tular menerusi Facebook 'Hot Burger Malaysia' dikongsikan pemilik akaun Facebook Asri Janggut, membangkitkan isu kegiatan perjudian di beberapa unit kedai dan kegiatan penjualan rokok seludup.