Logo

Ceroboh perairan negara, dua bot Vietnam bersama 31 warga asing ditahan

KUALA TERENGGANU, 10 Ogos - Menceroboh perairan negara dan cuba melarikan diri.

Bagaimanapun cubaan dua bot nelayan Vietnam itu berjaya dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM di 94 dan 107 batu nautika dari Muara Kuala Terengganu.

Pengarah APMM Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, Pihaknya turut menahan 31 awak-awak dan tekong berusia antara 18 hingga 50 tahun kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah.

Tangkapan dilakukan menerusi Op Kuda Laut Kapal Maritim KM Tok Bali yang baru diterima APMM pada 6 Julai lalu dan merupakan tangkapan pertama dilakukan oleh kapal berkenaan.

Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap
ikan di perairan Malaysia, dan Akta Imigresen 1959/63.

Kesemua tahanan dibawa menjalani proses saringan Covid-19 oleh petugas Kementerian Kesihatan sebelum kes diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.