Logo

Tiga Exco Pulau Pinang beri keterangan


GEORGE TOWN, 6 Julai- 
Tiga lagi Exco kerajaan negeri hari ini hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan.

Mereka yang hadir ialah Exco Perumahan Kerajaan Tempatan Perancangan Bandar dan Desa; Jagdeep Singh Deo, Exco Pembangunan Wanita Keluarga dan Keterangkuman Gender; Chong Eng, dan Exco Kebajikan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang; Phee Boon Poh.

Ketiga-tiga mereka tiba secara berperingkat bermula jam 9.30 pagi hingga petang ini.

Difahamkan, Pegawai SPRM turut ke bangunan pentadbiran kerajaan negeri di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) pagi tadi sebelum ketiga-tiga exco tiba di ibu pejabat SPRM.

Sebelum ini pada 3 Julai lalu, beberapa petugas di KOMTAR telah memberi keterangan berkaitan projek sama.

Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Jeffery Chew antara yang direman empat hari bagi membantu siasatan dan dibebaskan 4 Julai lalu dengan ikat jamin RM100,000.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dijangka memberikan keterangan esok berhubung projek RM6.3 billion itu.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.