Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

153 bot nelayan asing jadi tukun tiruan

  • Published in Jenayah

KUALA TERENGGANU, 1 Julai - 153 buah bot nelayan asing telah dilupuskan untuk dijadikan tukun tiruan di seluruh perairan Terengganu bermula tahun 2006 yang dianggarkan bernilai RM153 juta.

Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, taburan terbesar tukun itu telah ditenggelamkan di kawasan taman laut dan kawasan pesisir pantai.

Katanya posisi pelupusan tukun tiruan itu ditentukan oleh pihak Taman Laut dan Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT) khususnya di kawasan bawah batu nautika.

Penenggelaman tukun tiruan di kawasan pesisir pantai bagi pembiakan hidupan laut di kawasan berkenaan.

Ia juga merupakan simbolik kepada ketegasan Maritim Malaysia di dalam mengekang kebanjiran nelayan asing ke perairan negara.