Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

'Kesalahan yang tak boleh dimaafkan' - Datuk Saifuddin Abdullah

  • Published in Jenayah


PEKAN, 30 Jun- 
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, menyifatkan perbuatan mengubah suai Jata Negara merupakan satu perbuatan sangat biadap dan tidak boleh dimaafkan.

Tegas beliau, mereka yang terlibat wajar dikenakan hukuman berat tanpa kompromi kerana Jata Negara merupakan simbol tertinggi untuk sesebuah negara.

"Saya nak menyatakan rasa kesal yang amat."

"Bukan sahaja kita harus menghormatinya, malah menggunakannya dengan tertib."

"Ada etika menggunakan simbol kebesaran negara. Misalnya, apabila Jata Negara dipamerkan, ianya mesti teratas daripada simbol atau perkara lain."

"Apatah lagi tindakan meletakkan wajah entah siapa."

Beliau ditemui selepas majlis Makan Tengah Hari Bersama Media dan Lawatan Rasmi Ke Pusat Media Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini, di Kampung Salong.