Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

Buku hina Jata Negara, polis rampas 313 naskah

  • Published in Jenayah



BUKIT AMAN, 30 Jun-
Pihak polis hari ini menyerbu sebuah syarikat di Petaling Jaya, Selangor berhubung siasatan kes kulit buku yang didakwa menghina Jata Negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 3 petang tadi, sebanyak 313 naskhah buku berjudul Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia dirampas.

"Hasil dari siasatan di tempat serbuan itu, didapati sejumlah 1,000 buah buku telah dicetak."

"Sebanyak 687 naskah telah diedar dan pembelian adalah melalui dalam talian."

Menurutnya lagi, penyiasatan lebih lanjut sedang dilakukan termasuk maklumat penulis dan pereka muka buku berkenaan.

Bercakap dalam sidang media di Bukit Aman, beliau menegaskan polis akan melakukan tangkapan terhadap individu yang menghina Jata Negara.

Setakat ini, terdapat 32 laporan polis telah diterima.