Wednesday, 15 July 2020

updated 1:37 PM UTC, Jul 15, 2020

Pengurus Kelab Malam, didakwa mabuk dan memukul polis

  • Published in Jenayah

KUALA LUMPUR, 1 Jun - Leng Kar Loon yang juga Pengurus Kelab Malam turut dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas 3 pertuduhan lain.

Dia didakwa memukul anggota polis dan cuba melarikan diri selepas ditahan.

Tertuduh yang dibawa untuk saringan alkohol bertindak agresif menumbuk dan membaling kerusi kepada anggota polis di Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee, Kuala Lumpur kira-kira pukul 1 pagi pada 21 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana melakukan kekerasan jenayah kepada penjawat awam serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan kepada anggota polis berkenaan selain Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana merusuh dan berkelakuan tidak senonoh.

Majistret Mageswary Subramaniam membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 bagi kesemua tiga pertuduhan tersebut dan menetapkan tarikh 21 Julai untuk sebutan semula kes.