Wednesday, 15 July 2020

updated 1:37 PM UTC, Jul 15, 2020

Bapa tunggal mabuk, ditahan dalam sekatan jalan raya

  • Published in Jenayah

KUALA LUMPUR, 1 Jun - Mahkamah yang sama, seorang bapa tunggal dua orang anak berdepan pertuduhan yang sama.

Pemeriksaan mendapati kandungan alkohol di dalam badan nya melebihi had dibenarkan.

Tertuduh Leng Kar Loon,ditahan dalam Sekatan Jalan Raya Operasi COVID-19 di Bulatan Billion Cheras, kira-kira jam 1 pagi pada 21 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM6,000 penjara sehingga 12 bulan serta lesen memandu boleh dibatalkan.

Majistret Puteri Nursheila Rahimi membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dan menetapkan 1 Julai untuk sebutan semula kes.