Wednesday, 15 July 2020

updated 1:37 PM UTC, Jul 15, 2020

Banteras penyeludupan migran, 13 tekong, 31 migran ditahan dalam 3 operasi

  • Published in Jenayah

JOHOR BAHRU, 1 Jun - Ikrar pihak berkuasa menghalang pencerobohan sempadan terus dipergiat apabila 13 tekong dan 31 migran ditahan dalam tiga operasi di Kota Tinggi dan Pontian, Johor, antara 25 hingga 31 Mei lalu. 

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, operasi berjaya menahan seorang tekong yang telah menyeludup ramai migran ke negeri itu.

Tangkapan pertama 17 migran lelaki warga Indonesia dibuat 25 Mei di Ladang Sungai Tengah dan ladang tembikai Tanjung Balau, Kota Tinggi.

Pada 26 Mei, tiga tekong bersama tujuh migran Indonesia ditahan di Gugusan Felda Adela.

Beliau menjelaskannya kepada media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, IPK Johor.

Serbuan di Felda Papan Timur, Kota Tinggi pada 27 Mei pula berjaya menahan lapan tekong bersama tujuh migran termasuk kanak-kanak.

Manakala pada 31 Mei, serbuan di buat di Kampung Sungai Buntu Penerok, Pontian, membawa kepada penangkapan dua tekong.

Sebuah kereta, 30 telefon bimbit, wang tunai RM990 serta 755,000 rupiah dirampas.

Tekong dan migran berusia lima hingga 64 tahun di siasat mengikut Akta Anti pemerdagangan Orang dan Anti penyeludupan Migran.